Walaupun kau pergi meninggalkan diriku namun dirimu akan tetap
berada di hatiku kerana aku tidak akan dapat melupakan bibirmu yang sentiasa
mengukir senyuman yang tulus dan ikhlas pada diriku ini.
Sehingga kini,aku tetap mengingati segala detik-detik manis
antara kita yang telah kita cipta bersama di dunia ini di mana ia merupakan
tempat dirimu berada sementara kau masih hidup dan sihat.
Begitu payah bagiku saatku menemani dirimu di ruang yang penuh
dengan alat bantuan bagi meneruskan degupan jantungmu dan nadimu. Ku tahu kau
menderita namun begitu dalam situasi sebegitu sekalipun kau tetap mencuba
mengukirkan sebuah senyuman yang begitu telus.
Aku tahu niat dirimu yang sebenar namun dengan melihat rupamu
yang begitu menyengat kalbuku ia tetap tidak dapat menghilangkan perasaan
tersebut iaitu perasaan gusar dalam diriku padamu.
Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan hidupmu selama ini agar
dirimu sentiasa sihat dan tidak menimpa sebarang masalah selagi nyawa dikandung badan.
Namun sudah di takdirkan kau terpaksa menempuh cubaan terakhir
dari Allah di dunia yang zahir ini. Di atas muka bumi ini kau di mandikan,di
solatkan, di kafankan dan di perut bumi ini kau di tanamkan.
Ku doakan dari dunia ini agar dirimu berada disisi orang-orang yang
beriman dan roh dan jasadmu sentiasa selamat dari segala seksaan Allah. Semoga
rohmu aman di sana iaitu di akhirat.
Bukan semua orang dapat menjadi orang yang tabah dalam
menghadapi segala ujian Allah seperti mana kau menjalaninya kerana orang yang
tabah merupakan golongan yang sentiasa mengingati Allah yang Maha Esa.