Friday, September 30, 2011


Andai takdir telah menentukan kita bepisah,
Maka berpisahlah kita...
Namun itu tidak bermakna aku tidak boleh mengubahnya
Kerana sekiranya kita berusaha munkin nasib akan menyebelahi kita...
Melainkan kita sudah sehabis daya mengubahnya namun tiada apa yang berubah,
Bermakna kita harus tawakal...
Tanpa sebab kau pergi...
Tanpa sebarang kenyataan yang tepat kau menyalahkan diriku...
Mengapa kau berdusta dengan perasaanmu sendiri???
Jangan kau pungkiri kenyataan itu...
Kerana aku tau diriku masih lagi lekat di hati dan mindamu...
Jangan kau ketepikan kenyataan ini...
Andai satu ketika nanti kita bertemu kembali...
Adakah mungkin kau akan menolehku sepertiwaktu kita bersama dahulu???
Sememangnya indah jika waktu itu dapat di putarakan semula...
Bayangan tersebut akan tetap bermain di mataku setiap kaliku mengingati dirimu...
Bagaimana dengan dirimu pula???
Adakah kau juga berfikiran sama dengan diriku???
Masihkah engkau mengingati setiap detik yang pernah kita lalui bersama seperti mana aku mengingatinya???
Ku masih berharap agar dirimu dapat menerima diriku seadanya...
Ketika dirimu di ambang kesusahan ku sedia menghulurkan bantuan
Ini kerana ku tidak ingin dirimu ditimpa sebarang kesusahan...
Ku tahu bantuan ku tidaklah sebesar sebagaimana bantuan yang pernah kau hulurkan padaku...
Namun, ku tetap ikhlas memberikan bantuan kecil itu dan ku begitu berharap kau ikhlas menerima bantuan tersebut...
Adakah memang tiada harapan lagi di antara kita untuk mengecapi kebahgiaan bersama???
Sememangnya perit bagi diriku menjalani perasaan ini sendiri...
Namun apakan daya...
Nasib tidak menyebelahi...
Segalanya sudah tertulis di suratan takdir...
Yang kita memang tiada jodoh untuk bersama selamanya...